Thursday 21 July 2011

Taburan Ikan Kelisa di Dunia dan Malaysia

Di bawah adalah taburan spesis ikan  kelisa di seluruh dunia. Ianya mendiami di beberapa buah negara yang mempunyai iklim khatulistiwa dan tropika dan juga subtropika seperti di Australia, Amerika Selatan, Kalimantan, Papua New Guinea, Malaysia dan beberapa buah negara di Asia Tenggara.
Di Malaysia ikan kelisa ini boleh ditemui di beberapa tempat di habitat asalnya seperti di Tasik  Bukit Merah dan Sungai Kerian di Perak, habitat ikan kelisa adalah di kawasan perairan yang tenang dan terlindung seperti di habitat yang mempunyai pokok atau kanopi yang redup, manakala tempat pembiakanya pula di kawasan air yang tenang dan cetek.  Tetapi ikan ini hampir sudah tiada lagi di habitat asal mereka kerana pencarian  yang berleluasa sekitar tahun 1971 akibat daripada berkembangnya minat terhadap ikan hiasan terutamanya ikan kelisa oleh masyarakat Jepun pada waktu itu.
Sebagai langkah untuk mengelakkan kepupusan dan kemudahan mendapatkan stok ikan hiasan berharga ini negara kita telah menjalankan projek penternakan ikan kelisa asia dan projek ini sedang berkembang maju pada masa sekarang. Pusat penternakan terbesar di negara kita terletak di kawasan Bukit Merah di dalam Mukim Gunung Semanggol, Perak
Setakat ini 3 buah negara di Asia Tenggara telah dikenalpasti sesuai untuk menjalankan projek ternakan ikan kelisa di dalam kolam tanah iaitu di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Malaysia merupakan pengeluar utama ikan kelisa ini dari jenis Gold iaitu jenis paling mahal di dunia. Tahniah Malaysia!

3 comments:

  1. apa beza arapaima dan arowana? Pernah dengar tak pasal org tertangkap arapaima liar kt sungai kte?

    ReplyDelete
  2. Pusat penternakan kt semanggol tu Jab Perikanan punye ke private punye?

    ReplyDelete
  3. Bang, saya minat nk bela kelisa. Story la sket sal industri ikan arowana Malaysia

    ReplyDelete