Tuesday 26 July 2011

Aquascaping

Kali ni saya nak berkongsi satu seni  dengan para pembaca blog ini , iaitu pasal seni aquascaping.

Apa benda tu?
Aquascaping ini adalah satu seni menyusun tumbuhan akuatik, batu-batu dan juga kayu hanyut dalam satu cara yang menarik  di dalam sebuah akuarium. Dekorasi  ini Ia akan kelihatan seperti sebuah taman yang cantik di dalam air.

Siapa yang Pakar dalam seni ni?
Orang yang pakar dalam seni ini berasal dari Jepun, Takashi Amano, beliau seorang photographer, designer dan juga aquarist yang sangat berpengaruh di dalam dunia fresh water aquascaping ni.
 Buku bergambar hasil nukilan beliau seperti  "Glass no Naka no Daishizen" yang diterbitkan pada tahun  1992  dan diikuti  "Mizu-Shizen eno kaiki,"  telah diterbitkan di dalam 7 bahasa dan ia menjadikan satu perasaan keterujaan yang tinggi kepada pengemar hobi ini di seluruh dunia.  Beliau juga  lah yang memperkenalkan konsep Taman Jepun Wabi-sabi dan Zen rock arrangement  di dalam seni aquascaping beliau.

Rekabentuk
Di dalam seni aquascaping ini ada beberapa gaya atau konsep reka bentuk yang selalu digunapakai seperti Dutch style, Natural style, Jungle style, Biotopes style,  Paludariums style dan juga Saltwater Reefs style. Di bawah diterangkan satu persatu tentang gaya rekabentuk seni aquascaping ini:-

Dutch Style
Susunan didalam rekabentuk Belanda ini banyak menggunakan tumbuh-tumbuhan yang belbagai warna, jenis dan saiz. Susunannya lebih kepada sebuah   taman bunga. Ia menekankan  susunatur tumbuhan-tumbuhan secara berkumpulan yang  mempunyai saiz dan ketinggian yang berbeza. Susunatur ini juga di hias bersama kayu hanyut dan batu-batu yang disusun membentuk jalan yang dipanggil   "Dutch streets". Lebih daripada 80% lantai akuarium ditutupi tumbuhan dan sedikit atau tiada langsung tanah kelihatan. Tumbuhan hiasan yang tinggi dan diletakkan di berhampiran cermin belakang  di dalam rekebentuk  adalah untuk menyembunyikan perkakasan yang berada di belakang cermin tersebut. Contoh Dutch style aquascaping seperti di bawah:-









Natural Style

Cara Natural style atau Japan style ini diperkenalkan oleh Takashi Amano pada tahun 1990-an. Ia menggunakan konsep taman Jepun didalam senirekanya. Konsep ini  digabungkan dengan rekabentuk kebun asli  Jepun dan cara susunatur yang  tidak simetri. Ini adalah bertujuan untuk menimbulkan suasana  lanskap miniature daripada satu taman yang  berwarna-warni.    Gaya ini menarik terutama dari konsep-konsep estetik Jepun Wabi-sabi, yang mana menumpukan pada kesementaraan dan minimalisme sebagai sumber-sumber kecantikan, dan Iwagumi iaitu teknik penyusunan batu-batu.

Dalam sistem Iwagumi, Oyaishi  atau batu utama diletakkan di tengah-tengah di dalam tangki tersebut, dan Soeishi  atau batu-batu anak diletakkan berhampiaran batu utama sementara Fukuseki atau batu-batu sekunder disusun mengikut lapisan-lapisan yang telah ditetapkan.

Titik tumpuan di dalam gaya ini adalah berdasarkan kepada kedudukan batu utama yang diletakkan di tengah-tengah akuarium. Di dalm gaya ini juga ditekankan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai saiz daun yang kecil seperti acicularis, Glossostigma elatinoides, Hemianthus callitrichoides, Riccia fluitans, paku pakis berairkecil , dan lumut Pulau Jawa (Versicularia dubyana atau Taxiphyllum barbieri) dalam teknik hiasanya.  Kepelbagaian warna tumbuhan juga dihadkan di dalam gaya ini jika di bandingkan dengan gaya belanda dan tanah tidak di tutupi tumbuhan sepenuhnya.


 Ikan atau udang air tawar seperti Caridina multidentata dan Neocaridina heteropoda, biasanya dipilih bagi  melengkapkan ekosistem bersama-sama tumbuh-tumbuhan disamping  mengawal pertumbuhan alga.






Jungle Style

Beberapa pengemar aquacaping ini  juga tertarik dengan gaya Hutan yang cici-cirinya  berlainan diantara gaya Natural dan Dutch.  Tetapi ,meraka menggabungkan cirri-ciri kedua-duanya untuk menjadikan gaya ini lebih menarik. Daun dari jenis Echinodorus bleheri digunakan untuk mewujudkan suasana persekitaran hutan liar. 







Biotopes

Gaya Biotopes menggabungkan tumbuhan dan spesies haiwan bagi menampakkan  impak visual yang diigini, tanpa mengambil kira faktor geografi sebenar. Biotopes aquascapes direka bagi mewujudkan  sebuah replika habitat akuatik tertentu di satu lokasi geografi tertentu , dan tidak semestinya kelihatan seperti sebuah taman. Tumbuh-tumbuhan dan ikan tidak d iperlukan , tetapi jika ingin diletakkan juga mestilah bersesuaian dengan konsep habitat buatan yang direka tersebut.







Paludariums

Dalam gaya paludarium sebahagian  akuarium shaja  diisi dengan air. Tanah di dalam akuarium akan ditimbunkan bagi membentuk sepert pulau di dalam air. Ini membolehkan  tumbuh-tumbuhan seperti Cyperus alternifolius and Spathiphyllum wallisii serta pelbagai spesis Anubias dan beberapa spesis bromeliadstumbuh. Ini kerana dalam keadaan asalnya tumbuhan ini tumbuh di dalam air manakala daunya berada di permukaan dan ada juga yang  melepasi aras air. Selain itu tumbuhan yang bersifat terapung juga sesuai bagi gaya ini seperti seperti Eichhornia crassipes and Pistia stratiotes . Haiwan yang sesuai untuk dipelihara di dalan gaya ini adalah dari spesis haiwan amfibia.




Saltwater reefs

Gaya ini lazimnya memusatkan tumpuan pada batu karang yang diletakkan di dalan akuarium. Satu susunan batu karang hidup membentuk struktur utama aquascape ini. Ianya akan diletakan dengan haiwan yang tidak bertulang belakang, ikan-ikan terumbu karang dan juga beberapa jenis kerang-kerangan bagi menjadikan sebuah ekosistem yang lengkap. Lampu memainkan  peranan yang  sangat penting dalam terumbu aquascape ini. Kebanyakkan batu karang termasuk  kerang tridacnid mengandungi simbiotik  pendaflour seperti protozoa yang dipanggil zooxanthellae. Dengan memasang lampu berkeamatan tinggi di dalam jarak gelombang unltraungu, ianya bukan sahaja  dapat membekalkan  makanan tambahan kepada batu karang tetapi juga kepada haiwan invetebrata yang lain. Selain itu cahaya ini juga dapat menyerlahkan lagi warna-warna yang dikeluarga oleh organism pendaflour.




Sekian. Terima Kasih




Saturday 23 July 2011

Ikan Tilan

Ikan ni dapat masa balik kg. bulan 6 lepas,  geli juga tengoknya sbb bentuk dia yang panjang dan besor. Masa dapat pancing ikan ni, takut-takut jugak nak tanggalkan dari mata kail sbb warna dia yang kemerah-merahan. Biasanya haiwan yang mempunyai warna yang terang ni sebenarya nak menunjukkan amaran kepada pemangsanya yang bahawa sanya dia tu berbisa atau beracun. Untuk mengelakkan sebarang kejadian yang  x diigini, sy tanggalkan mata kail dengan melalui perambut dia, pastu pijak pakai sliper bagi dia x meronta (nak pegang takut~)n then masukkan dalam karung, lagipun ikan ni  telan mata kail dalam sangat, kalo paksa kang koyak pula mulut dia..kesian...


Adik ipar memegang perambut yang x boleh di tanggalkan daripada ikan ni.


Bawak balik rumah, tunjuk le kat mak mertua..dia kate..ohh..ikan tilan ni..buang2! mak geli..hahaha..aku pun buang le..aku awal2 lagi dah geli, tp xpa la at least aku tau spesis panjang and warna terang ni namanya TILAN..hohoho..baru tau..Thank mak mertuaku.

Memancing Keli di Tasik Permaisuri

Gambar ni diambil tahun lalu masa tu belum kawin lagi, boleh la mancing sampai lewat malam, tp sekarang tidak lagi  heheh..Port masa tu di Taman Tasik Permaisuri pergi berdua je dgn brother Akop, sebenarnya bosan x tau nak buat apa siang tu, sekali jumpa pula brother ni, dia ni kaki jugak. Lepas set time and cari umpan sket2..mlm tu on..umpan pakai cacing je..dapat la beberapa ekor mlm tu. jadila..(gambar x cantik sangat maklumla guna handphone murah je) ..
   



Mengail Udang Teluk Intan

Kampung isteri di Teluk Intan, sesekali bila balik kampung saya tidak akan melepaskan peluang memancing disana apatah lagi Sungai di Teluk Intan ini terkenal dengan spesis sepit birunya. Bukan semua sungai di Malaysia ada udang  galah ni,  tu yang menyebabkan sungai ni istimewa skit bagi saya. Gambar-gambar di bawah ni antara koleksi gambar udang galah yang berjaya di pancing di sungai sekitar Teluk Intan. Walaupun sepitnya x berapa biru hehehehe..tapi cabaran untuk menaikkan spesis ini betul-betul mendebarkan..

Dekat jeti berhampiran Taman Lentoq ( Panggilan org kg. di situ, xtau le kenape) hoho..



                 Port dekat Kg. Bahagia, tempat ni best tapi bagi yang gayat usahle dtg sini, tinggi woo.

Saiz begini biasa dinaikkn di jambatan ini.


Udang saiz begini sedap di goreng.

Alamak!! nak pancing udang lain pula dapat..hehehe

 Antara udang galah sepit biru yang berjaya di naikkan di jambatan Kg. Bahagia. Boleh la tahan..

Hehe..mcm nak telan je  udang ni..haiz.

Pasar Borong NSK

Semalam pergi ke pasaraya NSK di Jalan Kuchai Lama, hajat mahu mencari barang basah untuk aktiviti BBQ hujung minggu ni di Sg. Congkak. Sambil menemani isteri memilih barang, mata saya terpandang sesuatu yang menarik di hujung bahagian jualan ikan dan barang basah, cuba teka apakah dia, hehehehe..suprise!!

Inilah dia ikan yu, ikan ni menarik perhatian dek kerana saiznya yang besar. Kebiasaanya ikan yu yang kita lihat di jual di supermarket atau di pasar-pasar basah saiznya dalam anggaran satu ke dua kilo ataupun kurang daipada itu, tetapi ikan ni saiznya dalam anggaran kasar saya mungkin  20 kilo , fuh besar juga ye..


Saya tak melepaskan peluang memegang ikan yu ini sambil di perhatikan oleh penyiang ikan warga Bangladesh..hohoho.
Lelaki Cina ini pun sama tertarik melihat ikan yu.

Besarnya ikan ni anneyy !! mungkin ini yang dikatakan oleh lelaki India ini..hehehe

Selain ikan yu ni, ikan-ikan lain juga yang jarang didapati di tempat lain ada di jual di sini, almaklumlah..pasar borong kan namanya..macam-macam ado..antaranya yang sempat di shot gambarnya seperti di bawah:-


Kepala Ikan Tongsan

Udang galah frozen yang bagak-bagak

Ikan Merah dan Jenahak 

Ikan Kerapu

 Terima kasih kpd isteri saya kerana sudi menebal muka menangkap gambar hehehehehe..jgn marah ye.







Thursday 21 July 2011

Taburan Ikan Kelisa di Dunia dan Malaysia

Di bawah adalah taburan spesis ikan  kelisa di seluruh dunia. Ianya mendiami di beberapa buah negara yang mempunyai iklim khatulistiwa dan tropika dan juga subtropika seperti di Australia, Amerika Selatan, Kalimantan, Papua New Guinea, Malaysia dan beberapa buah negara di Asia Tenggara.
Di Malaysia ikan kelisa ini boleh ditemui di beberapa tempat di habitat asalnya seperti di Tasik  Bukit Merah dan Sungai Kerian di Perak, habitat ikan kelisa adalah di kawasan perairan yang tenang dan terlindung seperti di habitat yang mempunyai pokok atau kanopi yang redup, manakala tempat pembiakanya pula di kawasan air yang tenang dan cetek.  Tetapi ikan ini hampir sudah tiada lagi di habitat asal mereka kerana pencarian  yang berleluasa sekitar tahun 1971 akibat daripada berkembangnya minat terhadap ikan hiasan terutamanya ikan kelisa oleh masyarakat Jepun pada waktu itu.
Sebagai langkah untuk mengelakkan kepupusan dan kemudahan mendapatkan stok ikan hiasan berharga ini negara kita telah menjalankan projek penternakan ikan kelisa asia dan projek ini sedang berkembang maju pada masa sekarang. Pusat penternakan terbesar di negara kita terletak di kawasan Bukit Merah di dalam Mukim Gunung Semanggol, Perak
Setakat ini 3 buah negara di Asia Tenggara telah dikenalpasti sesuai untuk menjalankan projek ternakan ikan kelisa di dalam kolam tanah iaitu di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Malaysia merupakan pengeluar utama ikan kelisa ini dari jenis Gold iaitu jenis paling mahal di dunia. Tahniah Malaysia!

Wednesday 20 July 2011

Ikan Kelisa

Ikan Kelisa atau Arowana (Scleropages formosus) merupakan ikan hiasan yang bernilai tinggi di pasaran tempatan dan juga antarabangsa. Ini disebabkan beberapa faktor antaranya warna sisik ikan ini yang keemasan dan kesukaran untuk mendapatkan ikan ini di habitat semulajadi. Selain itu, mengikut kepercayaan kaum cina ikan ini seakan-akan bentuk haiwan lagenda yang berkuasa dan gagah  iaitu naga dan juga warna keemasan yang dipercayai memberi tuah jika memeliharanya. Keunikan ikan ini lah yang menjadikan ia digilai oleh bukan sahaja kaun cina malah seluruh masyarakat di Malaysia.
Selain itu ,bilangan  ikan ini yang semakin diancam kepupusan dek kerana habitat pembiakanya dimusnahkan, spesis berharga ini telah  dikategorikan sebagai haiwan yang dilindungi dan  tersenarai dia dalam senarai haiwan terancam di dalam konvensyen  antarabangsa yang ditandatangi di Washington D.C, pada tahun 1973 iaitu Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) dimana Malaysia telah menjadi ahli CITES pada tahun 1978.
Pada tahun 1989, CITES membenarkan ikan kelisa Asia ini untuk di perdagangkan di pasaran antarabangsa dengan memenuhi syarat-syarat dan beberapa criteria diantaranya ialah  ikan tersebut mestilah daripada pusat ternakan ikan dan bukan dari species liar.Pada tahun 1994, Ikan Kelisa  Asia telah mendapat sijil sah untuk didagangkan di pasaran antarabangsa. Walaubagaimanapun untuk tujuan jualan di dalam pasaran Malaysia tidak memerlukan sijil daripada CITES.
 Bagi menjamin keaslian dan ketulenan ikan yang di dagangkan CITES telah meletakkan syarat supaya  ikan yang dibiakkan di kolam  ternakan dan ditanam dengan mikrocip yang di panggil  Passive Integrated Transponder (PIT) sahaja yang dibenarkan di dagangkan. Ikan Kelisa yang dikelaskan pada tahap kepupusan peringkat  bahaya oleh CITES ini  memerlukan permit import dan eksport daripada CITES bagi membolehkan ikan ini di dagangkan di pasaran antarabangsa.
Malaysia merupakan pengeluar ikan kelisa utama di dunia selain Indonesia dan Singapura. Ikan kelisa dari jenis Emas (Malaysian Gold) adalah spesis yang paling mahal di dalam keluarga ikan kelisa ini.Sampai disini dahulu penerangan mengenai ikan kelisa, pada post yang akan datang insyaAllah saya akan menerangkan tentang taburan habitat dan jenis-jenis ikan ini pula.

Salam Perkenalan

Assalamualaikum,

Akhirnya setelah beberapa hari memikirkan, membuat sedikit research dan meminta pandangan daripada isteri tercinta dan kenalan rapat pada hari ini terbukalah hati saya untuk membuat aplikasi web yang dipanggil blog ini.

Tujuan saya membina blog ini adalah untuk berkongsi maklumat dan pandangan berkaitan hal-hal yang berkaitan dengan hobi yang saya minati dari kecil, iaitu hobi berkaitan dunia perikanan.

Diharapkan dengan kelahiran blog sulung saya ini dapat memberi manfaat kepada saya dan juga kepada para pembaca yang lain tentang info-info berkaitan dunia perikanan di Malaysia.