Wednesday 20 July 2011

Ikan Kelisa

Ikan Kelisa atau Arowana (Scleropages formosus) merupakan ikan hiasan yang bernilai tinggi di pasaran tempatan dan juga antarabangsa. Ini disebabkan beberapa faktor antaranya warna sisik ikan ini yang keemasan dan kesukaran untuk mendapatkan ikan ini di habitat semulajadi. Selain itu, mengikut kepercayaan kaum cina ikan ini seakan-akan bentuk haiwan lagenda yang berkuasa dan gagah  iaitu naga dan juga warna keemasan yang dipercayai memberi tuah jika memeliharanya. Keunikan ikan ini lah yang menjadikan ia digilai oleh bukan sahaja kaun cina malah seluruh masyarakat di Malaysia.
Selain itu ,bilangan  ikan ini yang semakin diancam kepupusan dek kerana habitat pembiakanya dimusnahkan, spesis berharga ini telah  dikategorikan sebagai haiwan yang dilindungi dan  tersenarai dia dalam senarai haiwan terancam di dalam konvensyen  antarabangsa yang ditandatangi di Washington D.C, pada tahun 1973 iaitu Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) dimana Malaysia telah menjadi ahli CITES pada tahun 1978.
Pada tahun 1989, CITES membenarkan ikan kelisa Asia ini untuk di perdagangkan di pasaran antarabangsa dengan memenuhi syarat-syarat dan beberapa criteria diantaranya ialah  ikan tersebut mestilah daripada pusat ternakan ikan dan bukan dari species liar.Pada tahun 1994, Ikan Kelisa  Asia telah mendapat sijil sah untuk didagangkan di pasaran antarabangsa. Walaubagaimanapun untuk tujuan jualan di dalam pasaran Malaysia tidak memerlukan sijil daripada CITES.
 Bagi menjamin keaslian dan ketulenan ikan yang di dagangkan CITES telah meletakkan syarat supaya  ikan yang dibiakkan di kolam  ternakan dan ditanam dengan mikrocip yang di panggil  Passive Integrated Transponder (PIT) sahaja yang dibenarkan di dagangkan. Ikan Kelisa yang dikelaskan pada tahap kepupusan peringkat  bahaya oleh CITES ini  memerlukan permit import dan eksport daripada CITES bagi membolehkan ikan ini di dagangkan di pasaran antarabangsa.
Malaysia merupakan pengeluar ikan kelisa utama di dunia selain Indonesia dan Singapura. Ikan kelisa dari jenis Emas (Malaysian Gold) adalah spesis yang paling mahal di dalam keluarga ikan kelisa ini.Sampai disini dahulu penerangan mengenai ikan kelisa, pada post yang akan datang insyaAllah saya akan menerangkan tentang taburan habitat dan jenis-jenis ikan ini pula.

2 comments: