Showing posts with label Udang Galah. Show all posts
Showing posts with label Udang Galah. Show all posts

Monday, 26 September 2011

Udang Galah Kg. Bahagia Teluk Intan

Salam  1 Pancing Semua,

Dah lama tak update blog, maaf lah kerana sibuk siket sejak dua menjak ni, sabtu lepas aku balik Kg. Teluk Intan untuk monthly routine aku. Macam biasa la kalo dah balik kg. tu tak sah kalau tak turun mancing dgn adik ipar aku yang sorang ni. Kali ni aku nak cerita pasal  trip balik kg. baru2 ni dan pasal  research sikit yang telah aku buat  pasal pasang surut air Sungai Perak di sekitar Teluk Intan terutamanya di jambatan Kg. bahagia tempat selalu jadi port aku untuk dikongsi dgn pembaca blog sekalian.

Pagi tu aku keluar agak lewat sket. Sampai di port jambatan Kg. Bahagia lebih kurang pukul 10.10am mcm tu la. Sesampainya aku dekat jambatan 'berhantu' tersebut, aku pun melihat keadaan air ketika itu. Apa yang aku perhatikan masa tu air sedang surut dan aliran arusnya juga agak deras. tak pe..apa ada hal..

Lepas setting pancing masing-masing dan cangkuk umpan cacing aku ngan adik ipar aku terus zaaazzzz!!! (baling umpan daa..). Adik iparku terus baling ke tengah sungai yang berarus deras..nak mancing baung katanya..hmm lantok kome le..Aku pula baling tepi-tepi je sebab objektif aku tak lain dan tak bukan nak memburu si sepit biru Sg. Kg. Bahagia..sampai pukul 12pm ini lah hasilnya..


Ikan Baung Kuning (Mystus spp)

Rupa paras macam ikan baung biasa tapi badanya panjang dan berwarna kekuningan

Hehehe..objektif sudah tercapai..tapi sepit tak biru lagi.

Ikan Duri  (Sphaerichthys osphromenoides )

Ikan buntal (Tetraodon palembangensis)

Bila dah pukul 12pm macam tu, aku perhatikan air sungai dah beransur-ansur perlahan dan untuk seketika tiada pergerakan arus kelihatan samaada ke hulu atau ke hilir dan keadaan air kelihatan tenang je..haaa..jeng..jeng..jeng..ni lah masanya air sungai nak bertukar arah dari surut ke pasang. Aku pun terus jerit bagi tau le dekat adik ipar aku yang dari tadi dok leka ngan loceng yang diletakkan di hujung joran untuk memberi isyarat bunyi jika ada sambaran ikan itu untuk bersedia..bersedia untuk lebih fokus sebab menurut kata para pemancing di sini, tabiat makan udang di kawasan ni bertambah galak bila keadaan air mula berubah dari keadaan surut nak ke pasang..masa tu tak menang tangan dibuatnya..dan..dan memang benar dan tak rugi aku ikut petua ni..hasilnya sampai pukul 2pm macm ni la..


Terer-terer ..hehehehe..

Sekor lagi kene..terkangkang den dibueknyo..

 Nak lawan tokey budak ni..hehehe..

Biawak ni dok ronda je..kalo dia ni tak pa la..kalo lagi sekor tu aku cabut..hikhik..

 Ni lah antara hasil yang dapat haritu..

 Setelah di lambakkan ke lantee..orang perak kate..

Petang tu udang-udang yang di pancing tadi di bakar manakala ikan-ikan pula mak mertua aku bersiang, potong kecik-kecik, basuh dan sumbat dalam botoi..buat..PEKASAM!! hahahaha..terbaik..

Pekasam dalam proses pemeraman selama sebulan.


 Barisan udang galah Teluk Intan yang berdisiplin beratur cantik di atas pemanggang..hohoho..

 Dah masak kita terbalikan..

 Ni bila dah siap untuk di makan..bawah tu sate..

Sampai sini dulu, terima kasih kerana sudi membelek-belek blog awok..pasak reserch yang aku buat tu  lepas ni insyaallah akan diposkan..tak sempat rasanya ni..mata dah ngantuk..hehehe..zaazz..

Monday, 1 August 2011

Tips memancing udang galah

Perkara Utama berbincanglah dengan rakan, tarikh, masa dan lubuk yang akan dituju untuk aktiviti memancing udang.(menaiki bot). Persiapan awal antaranya enjin sangkut 4 atau 15 kuasa kuda, pendayung, sauh, tali, membuat perambut awal, peralatan memancing yang dikira lengkap, tidak lupa jaket keselamatan dan jika ingin memancing malam jangan lupa lampu suluh dan 'lampu kalimantang'atau 'lampu ayam' Umpan perlu dicari terutama cacing tanah atau anak udang (yang dibungkus dalam suratkabar dan disimpan didalam peti sejuk,bagi mempastikan kesegarannya).


Udang Galah lagi besar dari kotak rokok haha..
Peralatan



1. Joran dan Kekili untuk memancing udang biarlah jenis ringan. Joran halus sebaiknya dalam 4 1/2 kaki panjang dan Kekili tidaklah perlu besar.
2. Tali Utama seeloknya antara 10 - 15 paun manakala perambut pula antara 6 - 8 paun.
3. Saiz batu ladung kebiasaannya antara no: 5 - 6. Saiz batu ladung yang kecil boleh digunakan ketika arus sungai bergerak perlahan.
4. Beberapa jenama mata kail kecil boleh digunakan tetapi biasanya ialah antara no: 7 - 10 menjadi pilihan utama. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri.

 


Beberapa set joran ringan menanti mangsa

Umpan

Udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail, antaranya cacing, perumpun, udang kecil, isi ikan. Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya dimata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut.

Contoh umpan umpun-umpun


Cara Memancing (dari atas sampan)

1. Untuk memancing diatas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 - 16 kaki.
2. Lima batang joran seorang adalah bertepatan dan jika ada yang baru belajar mereka bolehlah bermula dengan 2 -3 batang dulu. Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya.
3. Susunan joran diatas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.
4. Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran ditepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.
5. Jika sudah pasti udang telah menelan umpan(dgn. Melihat henjutan dihujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali. Disinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang samada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.


Makluman

1. Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan.
2. Kadang kala udang memakan umpan tanpa menunjukkan sebarang gerakan.
3. Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan.
4. Ada yang menarik umpan dengan keadaan separuh malu.
5. Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar. (jangan terkejut) jawapan akan diketahui diseparuh perjalanan udang semasa hendak dinaikkan.


Mencari Lubuk

1. Perhatikan kawasan yang mempunyai banyak makanan (buangan) serta kawasan yang senang udang bersembunyi.
2. Kawasan berteluk berarus sederhana laju.
3. Kawasan yang mudah tersangkut yang terdapat banyak ranting-ranting pokok serta akar-akar pokok didalam air.
4. Memandangkan jadual air berubah setiap hari, kedudukan udang juga begitu, adakalanya udang galah suka bermain ditengah sungai terutama bila air bergerak sederhana laju.


Panduan

1. Ketika memancing udang, sikap malas jangan diamalkan. Umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang.
2. Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain.
3. Musim tengkujuh adalah musim yang tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta cuaca/air yang sejuk.
4. Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 4 -5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.
5. Gangguan spt. Anak-anak ikan, dan sebagainya adalah cabaran dalam menahan kesabaran.
6. Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing ditengah sungai.
7. Jika sungai kecil (hulu) tali boleh direntang didalam usaha mencari lubuk udang.


Peringatan

1. Pertuturan harus dijaga.
2. Elakkan membuang makanan spt. Daging dikawasan pancing udang.
3. Mata dan telinga sentiasa berwaspada kerana kebiasaan lubuk udang dikongsi bersama oleh sang bedal.
4. Sering memberi kerjasama sesama rakan-rakan.
5. Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah.



"SELAMAT MEMANCING"