Monday 26 September 2011

Udang Galah Kg. Bahagia Teluk Intan

Salam  1 Pancing Semua,

Dah lama tak update blog, maaf lah kerana sibuk siket sejak dua menjak ni, sabtu lepas aku balik Kg. Teluk Intan untuk monthly routine aku. Macam biasa la kalo dah balik kg. tu tak sah kalau tak turun mancing dgn adik ipar aku yang sorang ni. Kali ni aku nak cerita pasal  trip balik kg. baru2 ni dan pasal  research sikit yang telah aku buat  pasal pasang surut air Sungai Perak di sekitar Teluk Intan terutamanya di jambatan Kg. bahagia tempat selalu jadi port aku untuk dikongsi dgn pembaca blog sekalian.

Pagi tu aku keluar agak lewat sket. Sampai di port jambatan Kg. Bahagia lebih kurang pukul 10.10am mcm tu la. Sesampainya aku dekat jambatan 'berhantu' tersebut, aku pun melihat keadaan air ketika itu. Apa yang aku perhatikan masa tu air sedang surut dan aliran arusnya juga agak deras. tak pe..apa ada hal..

Lepas setting pancing masing-masing dan cangkuk umpan cacing aku ngan adik ipar aku terus zaaazzzz!!! (baling umpan daa..). Adik iparku terus baling ke tengah sungai yang berarus deras..nak mancing baung katanya..hmm lantok kome le..Aku pula baling tepi-tepi je sebab objektif aku tak lain dan tak bukan nak memburu si sepit biru Sg. Kg. Bahagia..sampai pukul 12pm ini lah hasilnya..


Ikan Baung Kuning (Mystus spp)

Rupa paras macam ikan baung biasa tapi badanya panjang dan berwarna kekuningan

Hehehe..objektif sudah tercapai..tapi sepit tak biru lagi.

Ikan Duri  (Sphaerichthys osphromenoides )

Ikan buntal (Tetraodon palembangensis)

Bila dah pukul 12pm macam tu, aku perhatikan air sungai dah beransur-ansur perlahan dan untuk seketika tiada pergerakan arus kelihatan samaada ke hulu atau ke hilir dan keadaan air kelihatan tenang je..haaa..jeng..jeng..jeng..ni lah masanya air sungai nak bertukar arah dari surut ke pasang. Aku pun terus jerit bagi tau le dekat adik ipar aku yang dari tadi dok leka ngan loceng yang diletakkan di hujung joran untuk memberi isyarat bunyi jika ada sambaran ikan itu untuk bersedia..bersedia untuk lebih fokus sebab menurut kata para pemancing di sini, tabiat makan udang di kawasan ni bertambah galak bila keadaan air mula berubah dari keadaan surut nak ke pasang..masa tu tak menang tangan dibuatnya..dan..dan memang benar dan tak rugi aku ikut petua ni..hasilnya sampai pukul 2pm macm ni la..


Terer-terer ..hehehehe..

Sekor lagi kene..terkangkang den dibueknyo..

 Nak lawan tokey budak ni..hehehe..

Biawak ni dok ronda je..kalo dia ni tak pa la..kalo lagi sekor tu aku cabut..hikhik..

 Ni lah antara hasil yang dapat haritu..

 Setelah di lambakkan ke lantee..orang perak kate..

Petang tu udang-udang yang di pancing tadi di bakar manakala ikan-ikan pula mak mertua aku bersiang, potong kecik-kecik, basuh dan sumbat dalam botoi..buat..PEKASAM!! hahahaha..terbaik..

Pekasam dalam proses pemeraman selama sebulan.


 Barisan udang galah Teluk Intan yang berdisiplin beratur cantik di atas pemanggang..hohoho..

 Dah masak kita terbalikan..

 Ni bila dah siap untuk di makan..bawah tu sate..

Sampai sini dulu, terima kasih kerana sudi membelek-belek blog awok..pasak reserch yang aku buat tu  lepas ni insyaallah akan diposkan..tak sempat rasanya ni..mata dah ngantuk..hehehe..zaazz..

Wednesday 7 September 2011

NSK Jalan Kuchai Lama updated 30.8.2011

Salam Lebaran 

Malam raya haritu, aku ke NSK Jalan Kuchai Lama untuk membeli barang-barang mentah bagi persiapan untuk membuat open house selepas aku balik dari kg. Teluk Intan. Macam biasalah sambil isteri aku cari barang aku pun snap la beberapa gambar untuk di tempek kat blog aku. Mari kita saksikan yeehhh.. 



First time aku tgk udang galah (Macrobrachium rosenberjii) seberat 0.5 kg..harga RM27

Ikan air tawar Jelawat (Leotobarbus hoeveni )
Gelama Pisang (Chrysochir aureus)


 Yang warna biru tu Ikan Bayan ( Scarus rubroviolaceus)

Koleksi kepala ikan..mai pilih mai pilihhh..


Ikan Kurau (Polynemus spp)
Tenggiri Batang
Tenggiri Papan
Tenggiri Bunga
Udang harimau (Penaeus monodonhidup-hidup pun ada di sini. Nampak dia berenang!

Terima Kasih