Saturday 27 August 2011

Super Red Arowana di Jabatan Perikanan Negeri Melaka

Salam Ramadhan,

Baru-baru ini aku dan rakan setugas mendapat satu tugasan di Melaka, kene menghantar dokumen kepada beberapa agensi kerajaan sebagai bahan rujukan mereka semasa membuat presentation nanti.

Setelah selesai menghantar 2 salinan kepada agensi kerajaan di Wisma Negeri bertempat di MITC, perjalanan  diteruskan  ke jabatan seterusnya di Batu Berendam iaitu Jabatan Perikanan Negeri Melaka.

Selepas mendapat green light dari guard Jabatan tersbut, kami pun terus menuju ke pejabat untuk menyerahkan dokumen dan dapatkan cop receive yang membuktikan  kami telah berjaya menyerahkan dokumen tersebut dengan selamat.

Sebaik melangkah masuk ke pintu utama, mata aku terus melilau mencari meja receptionis, dalam dok cari tu, terpandang la sebuah akuarium yang agak besar saiznya berukuran  6 kaki panjang dan menempatkan seekor  Scleropages Formosus  dari jenis Super Red Arowana.


Super Red Arowana yang menjadi penyambut tetamu di Jab. Perikanan Negeri Melaka.

Arowana ini berukuran kira-kira 16 inci dan sangat cantik. Seolah-olah memahami tujuanya ditempatkan di situ sebagai penyambut tetamu, ia berenang mundar mandir mempamerkan kilauan merah sisiknya, sisiknya yang mempunyai ring kemerahan jelas kelihatan apabila ia membuat pusingan sewaktu renangan, sungguh mempersonakan!! tetapi jika diamati betul-betul terdapat sedikit kecacatan pada bahagian tulang belakang. Kalau dapat di lihat berhadapan dengan spesis ni, jelas kelihatan satu lekukan ke kanan di atas sisik ke-6.




Kelihatan ring kemerahan di pinggir frame sisik.


Susunan sisik yang cantik.


 Ikan emas diletakkan bersama dengan Arowana ini sebagai diet makanan hariannya 

Arowana ini telah dimasukkan cip PIT(Passive Integrated Transponder) yang bernombor tag 4848534F25 pada 23 Julai 2007 dan maklumat ini jelas tertera pada  sijil identiti (Certificate of Identity ) yang diletakkan bersebelahan akuarium tersebut. Arowana  daripada generasi F2 ini terhasil melalui pembiakan dalam kurungan secara komersial oleh King Kong Akuarium 



 Certificate of Identity Super Red Arowana


Setelah puas mengambil gambar kenang-kenangan untuk dikongsi di dalam blog ini, kami pun berangkat ke destinasi seterusnya untuk menyambung tugas. Jumpa lagi..

Tuesday 23 August 2011

Tips memancing patin


 

tips memancing patin
-memancing pada awal pagi kerana ikan ini aktif pada waktu awal pagi.
gunakan matakail dan cili yang sesuai- biasanya saya menggunakan gamakatsu stainless steel saiz 15-21 atau owner saiz 3/0
matakail mestilah ringan dan tajam.
-gunakan cara yang sesuai=
ikan bermain diatas air= gunakan teknik apung
tiada ikan bermain air=gunakan teknik dasar

gunakan roti yang lembut dan lembik jika memancing kolam, jika memancing di lombong gunakan roti keras supaya balingan jauh boleh dilakukan.
roti teras perlu dicucuk pada matakail

jenama roti yang biasa di gunakan
1. roti sedap
2. roti family
3. roti mighty white
4. roti berger(perlu ada roti sandwich utk teras)


jika ikan sering makan umpan dengan cara yang lemah gemalai. kendurkan tali pada balingan seterusnya. biarkan tali kendur, dengan cara ini ikan tidak akan merasa ada halangan pada umpan dan biasanya akan memakan umpan. saya dapati cara ini efektif bagi kolam atau tasik yang ikannya selalu menghadapi tekanan dari pemancing.

gunakan teknik merasuah pada satu tempat sahaja.

biasanya patin kecil dan besar lain cara makan.
patin kecil= tarikan terus memecut
patin besar= agak perlahan dan kadangkala seperti anak tangga. tarikan terus dan perlahan dan pada masa ini joran perlulah diangkat tinggi tapi jangan sembat

Monday 22 August 2011

Ikan di Pelabuhan Kemaman

Awal Julai lalu 2 orang sahabat sekerja telah ditugaskan untuk menjaga satu projek di Pelabuhan Kemaman, Terenganu. Projek tersebut adalah satu projek pengerukkan penyelenggaraan  bagi mendalamkan pelabuhan tersebut. Lebih kurang sebulan lebih berada di sana dan tugasan yang diberikan pula sudah selesai dilaksanakan, mereka diarahkan untuk melapor diri kembali ke HQ di Pulau Indah. Apabila blik ke office macam biasalah..macam-macam cerita suka duka dapat didengari..maklumlah mereka berdua tu sebenarnya baru masuk kerja..baru habis blajar.. kira juniorlah..dalam dok sembang-sembang dan tgk2 gambar yang ditangkap di sana tetiba terkeluarlah gambar-gambar yang menarik bagi aku. Dalam hati aku bley gak hilang boring n kongsi ngan pengunjung blog aku nih..hehhehe..mari saksikan..



 Sotong jarum
 candat sotong yang digunakan untuk menjerat sotong
 Sotong jarum lagi
 sotong katak pun kantoi ngan candat ni..hehehe

 Antara ikan yang dapat dinaikkan

 Ikan kerapu berjaya juga dinaikan
 ikan gelama
 letak dalam mangkuk je sotong ni..hai budak2 ni..hihihi..





 Sotong2 yang ditangkap dan diletakkan di dalam mangkuk sebenarnya di tangguk..ish..ish..ish..


 Sotong ni ada juga yang digoreng mcm ni..nampak sedap jugak bulan2 puasa ni kan..hai..
 Ikan cenaru pun ada juga..menurut sahabat aku ni..cencaru ni dipancing dengan menggunakan bulu..ala mcm mata kail apolo yang byk2 tu..tapi diikat dengan bulu ayam sebagai umpan..
Ikan gred A juga berjaya dipancing naik..Jenahak


Ikan tanda dan gelama
Besar juga gelama di pelabuhan ni..

Wednesday 17 August 2011

TEKNIK MEMANCING DI SEMUA PERAIRAN


Casting (teknik mengilat) adalah satu kaedah memancing dengan membuat lontaran umpan atau gewang ke sasaran kemudian mengarau kembali tanpa perlu menunggu umpan jatuh ke dasar atau diragut ikan.
Umpan yang digunakan untuk mengilat adalah seperti ikan, udang dan jenis serangga/haiwan. Umpan tiruan adalah replika gewang dan sesudu (spoon).
Ikan biasanya menerkam umpan atau gewang yang dilontar ketika proses mengarau. Teknik ini sesuai untuk aktiviti siang hari atau di kawasan terang. Jika mengilat sebelah malam, gunakan replika lut sinar.

Popping – Teknik ini lebih mirip seperti casting. Bezanya ialah penggunaan replika umpan tiruan yang berbeza. Teknik ini menggunakan ‘popper’ yang pelbagai bentuk dan jenis. Popper akan menghasilkan bunyi ‘poop’ ketika proses mengarau selepas lontaran.
Karauan untuk aktiviti popping lebih pantas berbanding casting supaya popper yang dikarau akan melanggar ombak/ permukaan air lalu mengeluarkan bunyi. Bunyi yang dihasilkan ini pula akan menarik perhatian ikan yang berkeliaran di kawasan berhampiran. Teknik ini boleh dilakukan siang atau malam.
Teknik ini banyak meniru pergerakan ikan terbang di permukaan air.

Jigging – Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna garang dan terang yang luminous atau lutsinar.
Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu beraksi sepanjang masa bagi mengunjun jig supaya ia menjadi efektif. Jig akan dihulurkan ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Teknik yang menjadi kegilaan masa kini boleh dilakukan sama ada siang dan malam.

Bottom fishing – (pancing dasar) berkait rapat dengan teknik memancing menggunakan umpan dengan kaedah tradisional. Umpan perlu dilabuhkan ke dasar dengan sasaran tertumpu kepada spesies ikan dasar. Boleh dipraktikkan di kolam, sungai, tasik dan laut mengikut keadaan semasa. Sesuai dilakukan siang dan malam.

Drifting – (menghanyut) umpan terutama umpan hidup. Ia perlu dilepaskan ke sasaran tanpa menggunakan ladung. Pelampung dan belon sering digunakan. Ia sesuai di perairan yang berarus sederhana dan berangin. Boleh dilakukan siang dan malam.

Trolling – (menunda) umpan ikan, sotong mahupun gewang. Tundaan ini pada kelajuan perlahan antara 5 hingga 10 batu nautika sejam bergantung kepada jenis gewang yang digunakan. Perlu diketahui, ada gewang yang tidak boleh beraksi pada kelajuan tinggi dan sebaliknya. Lebih popular dilakukan siang hari.

Thursday 11 August 2011

Jenis-jenis arowana & Spesis Popular Di Malaysia


Assalamualaikum  semua...

Kenapa pelihara arowana?
Sebab ia mempunyai nilai komersil dan kenaikan harga adalah sangat tinggi bagi setiap inci saiz dibesarkan terutamanya bagi baka yang berkualiti dan bernilai tinggi. Jadi ia bukan sekadar hobi, bahkan memberi pulangan yang tinggi.

Bagaimana arowana boleh mendapat peningkatan harga yang tinggi?
Permintaan dunia terhadap species arowana terutamanya baka golden sangatlah tinggi, terutamanya dari negara seperti China. Malaysia merupakan pengeluar arowana baka golden terbesar dunia, dan sebahagian besar dari pengeluaran anak-anak arowana baka ini diekspot ke luar negara. Hanya sebahagian kecil sahaja dari anak-anak yang dikeluarkan oleh kolam-kolam pembiakan arowana di negara ini yang dijual untuk pasaran tempatan.

Pembeli-pembeli tempatan adalah terdiri dari penggemar-penggemar (hobbyist) dan "growers". "Growers" adalah mereka yang mengusahakan aktiviti membesarkan anak-anak arowana secara serius untuk dijadikan induk. Setelah matang, induk arowana ini dijual pula kepada pengusaha-pengusaha kolam pembiakan. Permintaan terhadap induk arowana yang matang adalah sangat tinggi kerana industri pembiakan arowana kini sedang berkembang pesat di negara kita. Pengusaha-pengusaha kolam giat mengembangkan perniagaan mereka kerana terdapat permintaan ekspot yang tinggi bagi anak-anak arowana yang dikeluarkan.

Banyak kolam-kolam baru dibuka dan orang ramai pula tidak teragak-agak melaburkan wang mereka di dalam industri ini untuk mendapatkan pulangan. Pembukaan kolam-kolam baru menyebabkan  bertambahnya permintaan terhadap induk arowana matang dan ini secara langsung menjana perkembangan industri membesarkan anak-anak arowana oleh para "growers". Industri arowana kini sudah menjadi suatu kitaran perniagaan yang lengkap dan inilah yang menyebabkan industri ini berkembang pesat di negara kita.


Mengenali Bahagian-bahagian Utama Ikan Arowana

Sila klik pada gambar di atas untuk melihat dengan resolusi tinggi

Jenis-jenis Baka Arowana Yang Paling Popular Di Malaysia


A.  "Golden Series"
Malaysia Golden adalah baka arowana yang dikatakan berasal dari Semenanjung Malaysia dan pada suatu ketika dulu banyak terdapat secara liar di Sungai Kerian dan Tasik Bukit Merah. Bagaimana pun baka asal yang hidup secara liar sudah hampir pupus kerana ditangkap oleh penggemar-penggemar arowana, sebahagiannya dijual kepada penggemar-penggemar luar negara manakala sebahagian lagi masih terdapat di kolam-kolam peliharaan arowana seperti di sekitar Tasik Bukit Merah.

Arowana dari baka golden yang boleh didapati hari ini kebanyakannya bukannya merupakan baka Malaysia Golden (MG) tulen, sebaliknya telah dikacuk. Ia boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Golden Head
Arowana Golden Head sebenarnya bukanlah baka Malaysia Golden atau MG tulen. Malah ia adalah baka yang terhasil dari teknologi kacukan (hibrid) di antara baka MG dan baka arowana merah (red arowana). Begitu pun, arowana golden head ini adalah digolongkan dalam famili Golden series. Terdapat "gold ring" atau jalur berwarna emas yang berbentuk seperti cincin melitupi lingkaran luar sisik, yang merupakan kriteria utama MG. Pada arowana golden head, gold ring ini meliputi semua barisan sisik termasuk sisik di paras 6. Walau bagaimanapun, warna emas "gold ring" ini kurang pekat berbanding dengan MG (iaitu less intense). Di samping itu terdapat tompokan emas pada bahagian atas kepala (forehead) juga. Apabila cukup dewasa dan bila dibela di dalam akuarium dengan latarbelakang gelap, warna emasnya kelihatan pekat. Seperti juga MG, salah satu ciri Golden Head adalah kehadiran "chu" yang halus dan tersusun kemas di bawah sirip dorsal fin.

"Chu" atau juga dipanggil "pearlis" adalah merupakan sisik-sisik halus berwarna keemasan yang terdapat pada badan ikan di bahagian bawah sirip atas (dorsal fin). Kehadiran "Chu" adalah merupakan kriteria penting untuk mengkelaskan arowana dan membezakan MG dengan lain-lain baka seperti Golden High Back. Untuk melayakkan sesekor arowana dari baka gold dipanggil MG, ia mestilah mempunyai sekurang-kurangnya sebaris penuh "chu". Sekiranya ia hanya mempunyai beberapa keping 'chu' kasar, arowana ini hanya layak dipanggil Super Highback.

'Chu' atau sisik halus keemasan di bawah 'dorsal fin' pada arowana Malaysia Gold (MG). Kelihatan chu yang halus dan tersusun rapi pada arowana ini

Chu pada arowana MG 24K

 MG ini dipanggil Golden Head sekiranya  terdapat tompokan emas yang bersaiz besar di bahagian kepala (gold helmet). Walau bagaimanapun, anak arowana ini hanya mempunyai tompokan kecil emas dania tidak layak dipanggil GH. Tompokan emas di kepala seperti ini boleh hilang selepas beberapa minggu dimasukkan ke dalam akuarium berlatarbelakang gelap.

Anak GH ini mempunyai kira-kira 50% gold helmet dan kualitinya dikira baik.

Arowana GH ini berkualiti tinggi di mana hampir keseluruhan bahagian kepala dilitupi emas (full helmet) Warna sisik kebiruan menunjukkan ia dari jenis 'bluebase'


Arowana Golden Head yang berkualiti tinggi merupakan baka termahal dalam species Malaysia Golden. Ia matang dan mula membiak selepas usia 3 tahun. Adalah dikatakan bahawa Arowana Golden Head dihasilkan melalui proses kacukan (crossbreed) beberapa peringkat antara baka MG dengan Blood Red oleh pengusaha-pengusaha arowana Singapura yang kemudiannya mengkomersilkan baka ini.

Proses kacukan peringkat 1 antara MG dan Blood Red menghasilkan arowana 'Tong Yan'. Proses kacukan antara 'Tong Yan' dan MG yang berulangkali akhirnya menghasilkan baka Golden Head.


2. Cross Back
Baka kedua termahal dalam species arowana Malaysia adalah MG Crossback. Rupanya kelihatan seperti Golden Head dengan kehadiran chu yang halus dan tersusun rapi, tetapi kepala tidak mempunyai tompokan emas. Selain itu, satu lagi perbezaan antara Golden Head dan Crossback adalah warna emas "gold ring" pada Crossback adalah lebih pekat (very intense).
Arowana GH ini juga merupakan crossback yang berkualiti kerana sisik emas di baris ke-6 iaitu di atas belakang bercantum dan sisik emasnya pula tipis (tajam)
Pandangan lebih dekat menunjukkan sisik emas yang tipis bercantum di baris ke-6 (atas belakang)

Arowana di atas pula merupakan seekor MG Crossback yang berkualiti rendah kerana sisik emas yang tebal (tidak tajam)
Kelihatan hujung sisik pada semua barisan disaluti "ring" emas termasuk pada sisik barisan ke 6 (barisan sisik atas belakang). Oleh kerana warna emas sudah "cross" sampai ke barisan sisik atas belakang, ia dipanggil CrossBack.

MG Crossback 24K
Warna emas yang sangat terang dan menyerlah pada MG 24K
Chu yang halus dan tersusun rapi pada MG 24K ini

Untuk menyerlahkan warna emas 24K, biasanya MG 24K diletakkan dalam akuarium berlatarbelakang putih


"Chu" yang halus tetapi susunan agak kurang rapi pada bahagian arowana ini MG ini.


Sebenarnya baka Crossback juga bukannya merupakan baka MG tulen. Ia juga terhasil melalui kacukan MG dan arowana merah. Juga matang dan membiak selepas usia 3 tahun.


3. Malaysia Golden (MG)
Perbezaan antara MG biasa dan MG Cross Back adalah terlalu kecil, iaitu bagi MG warna emas tidak meliputi keseluruhan "ring" pada sisik baris ke-6 (barisan sisik atas belakang). Bila dilihat dari atas, kelihatan jalur berwarna hitam di sepanjang sisik atas belakang. Chu juga terdapat pada MG, seperti yang terdapat pada Cross Back dan Golden Head, malah chu merupakan kriteria utama bagi MG. Baka MG yang berkualiti tinggi mempunyai chu yang halus dan tersusun rapi, samaada 2 atau 3 baris.

Kriteria utama baka MG dapat diringkaskan seperti berikut:
i.    Warna emas yang pekat pada gold ring
ii.   Gold ring meliputi sisik di paras 5.5
       (iaitu sehingga sebahagian dari sisik pada paras 6) apabila matang
iii.  Chu yang halus pada bahagian badan di bawah sirip dorsal
iv.  Chu yang halus juga terdapat pada pada bahagian bawah badan, di atas sirip "anal"


4. Golden High Back
Golden High Back adalah merupakan baka kacukan (hibrid) di antara pejantan MG dan induk Red Tail Golden (RTG) dari Indonesia. "Ring" berwarna emas terdapat pada pada sisik sehingga ke barisan ke 4 dan ke 5. Walau bagaimanapun, warna emas pada "ring"nya tidak begitu pekat, sebaliknya kelihatan ke arah warna perak. Baka ini kadang-kadang dipanggil High Back RTG (HBRTG).

Walau bagaimanapun, ada juga baka golden highback yang dihasilkan melalui proses kacukan antara MG dan baka-baka lain seperti banjar red. Proses kacukan ini selalunya melalui beberapa peringkat sebelum terhasilnya baka yang berkriteria seperti highback iaitu mempunyai "gold ring" iaitu jalur emas pada lilitan luar sisik.



Golden High Back - "ring" emas cuma kelihatan sehingga ke sisik barisan ke 4 1/2 atau 5. Pandangan dari atas, tiada warna keemasan pada sisik atas belakang.

5. Golden Super High Back
Dihasilkan dari kacukan MG dan Golden Highback. Kualiti baka ini akan bertambah baik sekiranya proses kacukan dilakukan berulangkali, iaitu anak Super HB dikacuk lagi dengan MG, dan begitulah seterusnya. Sekiranya proses kacukan ini diulang berkali-kali, anak Super HB yang terhasil berupaya mempunyai kriteria dan kualiti seperti mana MG, bahkan tak dapat dibezakan dari MG.







Panduan Kasar harga Pasaran: (kemaskini 28 Jun 2011)

Berikut adalah senarai harga arowana golden bagi pembelian pukal :

(Nota: harga di bawah hanyalah panduan kasar semata-mata, harga pasaran sebenar adalah bergantung kepada kualiti (gred) ikan dan berubah mengikut "bekalan dan permintaan" semasa)

1. Golden High Back 
Harga belian anak:  Saiz : 5-6 inci (Usia 5-6 bulan) : RM600-RM800
Harga jualan balik: Saiz: 14-15 inci (Usia 14-15 bulan) : RM1,200-RM1,500
Harga jualan balik: Saiz: 20-22 inci (Usia 24-30 bulan) : RM2,000-RM3,000

2. Golden Super High Back 
Harga belian anak:  Saiz : 5-6 inci (Usia 5-6 bulan) : RM1,200-RM1,500
Harga jualan balik: Saiz: 14-15 inci (Usia 14-15 bulan) : RM2,500-RM3,000
Harga jualan balik: Saiz: 20-22 inci (Usia 24-30 bulan) : RM3,500-RM4,500

3. Malaysia Golden (MG) 
Harga belian anak: Saiz : 5-6 inci (Usia 5-6 bulan) : RM1,800-RM2,000
Harga jualan balik: Saiz: 14-15 inci (Usia 14-15 bulan) : RM2,500-RM3,500
Harga jualan balik: Saiz: 20-22 inci (Usia 24-30 bulan) : RM4,500-RM6,000

4. MG Cross Back
Harga belian anak: Saiz : 5-6 inci (Usia 5-6 bulan) : RM2,000-RM3,000
Harga jualan balik: Saiz: 14-15 inci (Usia 14-15 bulan) : RM4,000-RM6,000
Harga jualan balik: Saiz: 20-22 inci (Usia 24-30 bulan) : RM6,000-RM10,000

5. MG Full Gold atau 24K Gold 
Harga belian anak: Saiz : 5-6 inci (Usia 5-6 bulan) : RM3,500-RM4,500
Harga jualan balik: Saiz: 14-15 inci (Usia 14-15 bulan) : RM5,500-RM8,000
Harga jualan balik: Saiz: 20-22 inci (Usia 24-30 bulan) : RM10,000 ke RM15,000

6. MG Golden Head
Harga belian anak: Saiz : 5-6 inci (Usia 5-6 bulan) : RM4,000-RM4,500 (sekurang-kurangnya 50% gold helmet)
Harga jualan balik: Saiz: 14-15 inci (Usia 14-15 bulan) : RM8,000-RM10,000 (gold helmet 80% ke atas)
Harga jualan balik: Saiz: 20-22 inci (Usia 24-30 bulan) : RM15,000 ke atas (full gold helmet)

(sumber: arowana-assakinah.blogspots.com)

Monday 1 August 2011

Tips memancing udang galah

Perkara Utama berbincanglah dengan rakan, tarikh, masa dan lubuk yang akan dituju untuk aktiviti memancing udang.(menaiki bot). Persiapan awal antaranya enjin sangkut 4 atau 15 kuasa kuda, pendayung, sauh, tali, membuat perambut awal, peralatan memancing yang dikira lengkap, tidak lupa jaket keselamatan dan jika ingin memancing malam jangan lupa lampu suluh dan 'lampu kalimantang'atau 'lampu ayam' Umpan perlu dicari terutama cacing tanah atau anak udang (yang dibungkus dalam suratkabar dan disimpan didalam peti sejuk,bagi mempastikan kesegarannya).


Udang Galah lagi besar dari kotak rokok haha..
Peralatan



1. Joran dan Kekili untuk memancing udang biarlah jenis ringan. Joran halus sebaiknya dalam 4 1/2 kaki panjang dan Kekili tidaklah perlu besar.
2. Tali Utama seeloknya antara 10 - 15 paun manakala perambut pula antara 6 - 8 paun.
3. Saiz batu ladung kebiasaannya antara no: 5 - 6. Saiz batu ladung yang kecil boleh digunakan ketika arus sungai bergerak perlahan.
4. Beberapa jenama mata kail kecil boleh digunakan tetapi biasanya ialah antara no: 7 - 10 menjadi pilihan utama. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri.

 


Beberapa set joran ringan menanti mangsa

Umpan

Udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail, antaranya cacing, perumpun, udang kecil, isi ikan. Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya dimata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut.

Contoh umpan umpun-umpun


Cara Memancing (dari atas sampan)

1. Untuk memancing diatas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 - 16 kaki.
2. Lima batang joran seorang adalah bertepatan dan jika ada yang baru belajar mereka bolehlah bermula dengan 2 -3 batang dulu. Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya.
3. Susunan joran diatas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.
4. Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran ditepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.
5. Jika sudah pasti udang telah menelan umpan(dgn. Melihat henjutan dihujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali. Disinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang samada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.


Makluman

1. Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan.
2. Kadang kala udang memakan umpan tanpa menunjukkan sebarang gerakan.
3. Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan.
4. Ada yang menarik umpan dengan keadaan separuh malu.
5. Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar. (jangan terkejut) jawapan akan diketahui diseparuh perjalanan udang semasa hendak dinaikkan.


Mencari Lubuk

1. Perhatikan kawasan yang mempunyai banyak makanan (buangan) serta kawasan yang senang udang bersembunyi.
2. Kawasan berteluk berarus sederhana laju.
3. Kawasan yang mudah tersangkut yang terdapat banyak ranting-ranting pokok serta akar-akar pokok didalam air.
4. Memandangkan jadual air berubah setiap hari, kedudukan udang juga begitu, adakalanya udang galah suka bermain ditengah sungai terutama bila air bergerak sederhana laju.


Panduan

1. Ketika memancing udang, sikap malas jangan diamalkan. Umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang.
2. Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain.
3. Musim tengkujuh adalah musim yang tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta cuaca/air yang sejuk.
4. Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 4 -5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.
5. Gangguan spt. Anak-anak ikan, dan sebagainya adalah cabaran dalam menahan kesabaran.
6. Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing ditengah sungai.
7. Jika sungai kecil (hulu) tali boleh direntang didalam usaha mencari lubuk udang.


Peringatan

1. Pertuturan harus dijaga.
2. Elakkan membuang makanan spt. Daging dikawasan pancing udang.
3. Mata dan telinga sentiasa berwaspada kerana kebiasaan lubuk udang dikongsi bersama oleh sang bedal.
4. Sering memberi kerjasama sesama rakan-rakan.
5. Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah.



"SELAMAT MEMANCING"