Inilah dia ikan yu, ikan ni menarik perhatian dek kerana saiznya yang besar. Kebiasaanya ikan yu yang kita lihat di jual di supermarket atau di pasar-pasar basah saiznya dalam anggaran satu ke dua kilo ataupun kurang daipada itu, tetapi ikan ni saiznya dalam anggaran kasar saya mungkin 20 kilo , fuh besar juga ye..
Saya tak melepaskan peluang memegang ikan yu ini sambil di perhatikan oleh penyiang ikan warga Bangladesh..hohoho.
Lelaki Cina ini pun sama tertarik melihat ikan yu.
Besarnya ikan ni anneyy !! mungkin ini yang dikatakan oleh lelaki India ini..hehehe
Selain ikan yu ni, ikan-ikan lain juga yang jarang didapati di tempat lain ada di jual di sini, almaklumlah..pasar borong kan namanya..macam-macam ado..antaranya yang sempat di shot gambarnya seperti di bawah:-
Kepala Ikan Tongsan
Udang galah frozen yang bagak-bagak
Ikan Merah dan Jenahak
Ikan Kerapu
Terima kasih kpd isteri saya kerana sudi menebal muka menangkap gambar hehehehehe..jgn marah ye.
No comments:
Post a Comment