Kali ni saya nak berkongsi satu seni dengan para pembaca blog ini , iaitu pasal seni aquascaping.
Apa benda tu?
Aquascaping ini adalah satu seni menyusun tumbuhan akuatik, batu-batu dan juga kayu hanyut dalam satu cara yang menarik di dalam sebuah akuarium. Dekorasi ini Ia akan kelihatan seperti sebuah taman yang cantik di dalam air.
Siapa yang Pakar dalam seni ni?
Orang yang pakar dalam seni ini berasal dari Jepun, Takashi Amano, beliau seorang photographer, designer dan juga aquarist yang sangat berpengaruh di dalam dunia fresh water aquascaping ni.
Buku bergambar hasil nukilan beliau seperti "Glass no Naka no Daishizen" yang diterbitkan pada tahun 1992 dan diikuti "Mizu-Shizen eno kaiki," telah diterbitkan di dalam 7 bahasa dan ia menjadikan satu perasaan keterujaan yang tinggi kepada pengemar hobi ini di seluruh dunia. Beliau juga lah yang memperkenalkan konsep Taman Jepun Wabi-sabi dan Zen rock arrangement di dalam seni aquascaping beliau.
Rekabentuk
Di dalam seni aquascaping ini ada beberapa gaya atau konsep reka bentuk yang selalu digunapakai seperti Dutch style, Natural style, Jungle style, Biotopes style, Paludariums style dan juga Saltwater Reefs style. Di bawah diterangkan satu persatu tentang gaya rekabentuk seni aquascaping ini:-
Dutch Style
Susunan didalam rekabentuk Belanda ini banyak menggunakan tumbuh-tumbuhan yang belbagai warna, jenis dan saiz. Susunannya lebih kepada sebuah taman bunga. Ia menekankan susunatur tumbuhan-tumbuhan secara berkumpulan yang mempunyai saiz dan ketinggian yang berbeza. Susunatur ini juga di hias bersama kayu hanyut dan batu-batu yang disusun membentuk jalan yang dipanggil "Dutch streets". Lebih daripada 80% lantai akuarium ditutupi tumbuhan dan sedikit atau tiada langsung tanah kelihatan. Tumbuhan hiasan yang tinggi dan diletakkan di berhampiran cermin belakang di dalam rekebentuk adalah untuk menyembunyikan perkakasan yang berada di belakang cermin tersebut. Contoh Dutch style aquascaping seperti di bawah:-
Natural Style
Cara Natural style atau Japan style ini diperkenalkan oleh Takashi Amano pada tahun 1990-an. Ia menggunakan konsep taman Jepun didalam senirekanya. Konsep ini digabungkan dengan rekabentuk kebun asli Jepun dan cara susunatur yang tidak simetri. Ini adalah bertujuan untuk menimbulkan suasana lanskap miniature daripada satu taman yang berwarna-warni. Gaya ini menarik terutama dari konsep-konsep estetik Jepun Wabi-sabi, yang mana menumpukan pada kesementaraan dan minimalisme sebagai sumber-sumber kecantikan, dan Iwagumi iaitu teknik penyusunan batu-batu.
Dalam sistem Iwagumi, Oyaishi atau batu utama diletakkan di tengah-tengah di dalam tangki tersebut, dan Soeishi atau batu-batu anak diletakkan berhampiaran batu utama sementara Fukuseki atau batu-batu sekunder disusun mengikut lapisan-lapisan yang telah ditetapkan.
Titik tumpuan di dalam gaya ini adalah berdasarkan kepada kedudukan batu utama yang diletakkan di tengah-tengah akuarium. Di dalm gaya ini juga ditekankan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai saiz daun yang kecil seperti acicularis, Glossostigma elatinoides, Hemianthus callitrichoides, Riccia fluitans, paku pakis berairkecil , dan lumut Pulau Jawa (Versicularia dubyana atau Taxiphyllum barbieri) dalam teknik hiasanya. Kepelbagaian warna tumbuhan juga dihadkan di dalam gaya ini jika di bandingkan dengan gaya belanda dan tanah tidak di tutupi tumbuhan sepenuhnya.
Jungle Style
Beberapa pengemar aquacaping ini juga tertarik dengan gaya Hutan yang cici-cirinya berlainan diantara gaya Natural dan Dutch. Tetapi ,meraka menggabungkan cirri-ciri kedua-duanya untuk menjadikan gaya ini lebih menarik. Daun dari jenis Echinodorus bleheri digunakan untuk mewujudkan suasana persekitaran hutan liar.
Biotopes
Gaya Biotopes menggabungkan tumbuhan dan spesies haiwan bagi menampakkan impak visual yang diigini, tanpa mengambil kira faktor geografi sebenar. Biotopes aquascapes direka bagi mewujudkan sebuah replika habitat akuatik tertentu di satu lokasi geografi tertentu , dan tidak semestinya kelihatan seperti sebuah taman. Tumbuh-tumbuhan dan ikan tidak d iperlukan , tetapi jika ingin diletakkan juga mestilah bersesuaian dengan konsep habitat buatan yang direka tersebut.
Paludariums
Dalam gaya paludarium sebahagian akuarium shaja diisi dengan air. Tanah di dalam akuarium akan ditimbunkan bagi membentuk sepert pulau di dalam air. Ini membolehkan tumbuh-tumbuhan seperti Cyperus alternifolius and Spathiphyllum wallisii serta pelbagai spesis Anubias dan beberapa spesis bromeliadstumbuh. Ini kerana dalam keadaan asalnya tumbuhan ini tumbuh di dalam air manakala daunya berada di permukaan dan ada juga yang melepasi aras air. Selain itu tumbuhan yang bersifat terapung juga sesuai bagi gaya ini seperti seperti Eichhornia crassipes and Pistia stratiotes . Haiwan yang sesuai untuk dipelihara di dalan gaya ini adalah dari spesis haiwan amfibia.
Saltwater reefs
Gaya ini lazimnya memusatkan tumpuan pada batu karang yang diletakkan di dalan akuarium. Satu susunan batu karang hidup membentuk struktur utama aquascape ini. Ianya akan diletakan dengan haiwan yang tidak bertulang belakang, ikan-ikan terumbu karang dan juga beberapa jenis kerang-kerangan bagi menjadikan sebuah ekosistem yang lengkap. Lampu memainkan peranan yang sangat penting dalam terumbu aquascape ini. Kebanyakkan batu karang termasuk kerang tridacnid mengandungi simbiotik pendaflour seperti protozoa yang dipanggil zooxanthellae. Dengan memasang lampu berkeamatan tinggi di dalam jarak gelombang unltraungu, ianya bukan sahaja dapat membekalkan makanan tambahan kepada batu karang tetapi juga kepada haiwan invetebrata yang lain. Selain itu cahaya ini juga dapat menyerlahkan lagi warna-warna yang dikeluarga oleh organism pendaflour.
Sekian. Terima Kasih
No comments:
Post a Comment